loading...
SATU rakaman video yang memaparkan aksi ala-ala “putera raja melamar kekasihnya” di khalayak ramai kini menerima kecaman di media sosial.
Aksi tersebut yang dilakukan oleh dua pelajar dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di negara ini, namun lokasi sebenar belum dapat dipastikan.
Video yang diambil dari sebuah laman Facebook komuniti India itu memaparkan aksi ‘romantik’ pasangan kekasih yang masih lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.
Turut kedangaran laungan “kiss him, kiss him” yang dijeritkan oleh pelajar lain.
Pelajar lelaki dalam rakaman ini kelihatan memegang kotak dipercayai sebagai hadiah untuk melamar pelajar perempuan terbabit yang berakhir dengan adegan berpeluk dan bercumbu.
Adegan romantik tersebut nyata mengundang kritikan apabila ianya tersebar.
“School is a place to study not to make love (sekolah adalah tempat untuk belajar bukan bercinta),” tulis Nelly Dave Sidhu.
“Your mum dad must be very happy to see this… ( Ayah dan mak awak pasti gembira melihat perkara ini),” tulis Arvin Ramankutty dengan nada sarkasm.
“CINTA MONYET itu semata-matanya memang diertikan bagi monyet yang buat malu masyarakat dan bangsanya! This is one good example,” tulis Jeyasree Canbo.
loading...
loading...
0 Response to "AKSI ROMANTIK PELAJAR SEKOLAH MELAMAR KEKASIH DIKECAM "
Post a Comment