LUAHAN PENIAGA VAPE KECEWA, DIKASARI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

loading...


Tegas dengan amarannya dua hari lalu, “jangan hisap vape”, kementerian itu mula menjalankan serbuan dan merampas cecair rokok elektronik, atau vape, yang mengandungi nikotin hari ini.

ProjekMMO difahamkan selain serbuan di beberapa lokasi di Selangor, kementerian juga menjalankan pemeriksaan di Johor, sehingga ada peniaga yang rugi hingga RM200,000.

Pemilik kedai Mohd Azlan Mustafa, 31, berkata, KKM menyerbu kedainya di Shah Alam kira-kira pukul 3 petang tadi, menjalankan beberapa ujian dan merampas produk cecair vape yang dipercayai mengandungi nikotin.






































“Mereka kata hendak buat ujian dan tunjuk surat arahan yang menyuruh mereka rampas cecair yang ada nikotin,” katanya dihubungi ProjekMMO petang ini.

Beliau mengalami kerugian kira-kira RM1,000, tambahnya, namun tidak pasti jumlah botol cecair yang dirampas.


Selasa lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan kementeriannya akan merampas cecair nikotin kerana peniaga rokok elektronik, juga disebut e-rokok, tidak mempunyai lesen untuk menjual produk itu seperti termaktub bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.


Mohd Azlan berkata, kedainya tidak menjual produk dari China atau yang dicampur sendiri tetapi hanya menjual stok dari Amerika Syarikat dan buatan tempatan.

“Notis rampasan diberikan dan pegawai KKM memaklumkan kalau nak buat rayuan perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam, tapi apa ‘point’ dia? Kita bukan jual “raw” nikotin,” katanya.

Beliau difahamkan beberapa serbuan dan rampasan juga dilakukan terhadap pengusaha vape di Subang.

Kesal dengan tindakan itu, Mohd Azlan berkata tindakan KKM itu “tidak adil” kerana menjejaskan periuk nasi usahawan kecil yang sedang bergelut dalam tekanan ekonomi saat ini.

“Kami bukan orang senang. Kalau betul nak rampas, kenapa tidak didik dulu masyarakat tentang vape tapi terus rampas? [Tindakan] ini sudah kacau periuk nasi orang,” katanya, sambil menambah beliau risau untuk meneruskan perniagaannya esok kerana takut diserbu lagi.

Kementerian Kesihatan hari ini sedang mengkaji untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik bagi menghalang ia menjadi budaya di negara ini, lapor Bernama.

Subramaniam dipetik berkata kajian itu dibuat kerana perisa dalam cecair vape mengandungi nikotin, sejenis bahan terkawal yang di bawah seliaan kementeriannya.


loading...
loading...

0 Response to "LUAHAN PENIAGA VAPE KECEWA, DIKASARI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN"

Post a Comment