Inilah Gambar Bakal Isteri Pelakon Shah Iskandar

loading...

Shah Iskandar kini telahpun menjelaskan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis idamannya pada 16 Januari 2016.

Gadis idamannya itu bernama Sarah Mohd Noor dan kini berumur 30 tahun dan merupakan ahli perniagaan dari Kedah.

Ini komen Shah Iskandar:

"Bagi saya, Sarah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Dia begitu memahami karakter dan kerjaya saya sebagai pelakon,"

"Saya bakal bernikah pada 16 Januari pada jam 4 petang. Tarikh itu dipilih kerana mudah untuk diingati. 

"Majlis pernikahan itu akan diadakan di Singapura dan bakal dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat. 

"Memandangkan umur kami berdua sudah lanjut maka kami memilih untuk berkahwin tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan,"

Selain itu, Shah juga sangat bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami kerjaya seninya sebagai pelakon dan sangat penyabar. Selain itu, Shah juga tidak mahu mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran.

Sebelum ini, Shah menyatakan bahawa dia mengalu-alukan jika ada penaja yang mahu menaja perkahwinan mereka. Apa pun, semoga perjalanan majlis perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Ini gambar bakal isteri Shah Iskandar ini:







loading...
loading...

1 Response to "Inilah Gambar Bakal Isteri Pelakon Shah Iskandar"

Unknown said...

Semoga berjalan dgn lancar dan di rahmati Allah

Post a Comment