loading...
NEELOFA BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP INDIVIDU SEBARKAN FITNAH
Nafi menganiaya salah seorang stokis jenama tudung Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menabur fitnah terhadap dirinya.
Jelas Neelofa beliau sudah mengenalpasti stokis tersebut yang sengaja mengada-adakan cerita dek kerana sudah melanggar dua perkara dalam kontrak perjanjian selain menipu pelanggan Naelofar Hijab sehingg RM10,000.
Kami sudah kenal pasti individu yang menyebarkan fitnah tersebut, dia merupakan salah seorang stokis di Perak yang telah ditamatkan kontrak beberapa bulan lalu. Ia berikutan dia melanggar dua perkara dalam kontrak yang dipersetujui sebagai stokis. Kami juga mendapat maklumat individu tersebut sudah menipu pembeli produk Naelofar Hijab lebih RM10,000.
Perkara tersebut mendorong individu itu untuk menabur fitnah dengan niat tertentu dan kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.
Individu tersebut dalam tuduhannya memberitahu Neelofa tidak memulang wang deposit yang dikenakan terhadap stokis berdaftar selepas kontrak ditamatkan.
Namun Neelofa memberitahu wang tersebut tidak akan dipulangkan kerana setiap stokis dikenakan yuran sebanyak RM200.
Tentang dakwaan mengambil duit stokis itu sebenarnya individu tersebut tidak faham bahawa setiap stokis perlu membayar yuran RM200, namun ia sudah dijelaskan yang wang itu tidak akan dipulangkan.
Tapi kita hanya mengenakan yuran kepada stokis yang berjaya dipilih dalam temuramah yang dilakukan terlebih dahulu. Kita mempunyai syarat dan peraturan yang ketat kepada siapa yang ingin menjadi stokis.
Neelofa juga kesal dengan sikap individu tersebut yang turut menghina sikap keluarga beliau sehingga mereka dilabelkan sebagai angkuh dan tamak.
Macam-macam dugaannya dalam berniaga ini, orang akan sering memanfaatkan keadaan dan megambil peluang tersebut untuk memburukkan sesuatu perniagaan itu. Harap Neelofa bersabarlah dengan dugaan ini, berani kerana benar bukan? Chill.. akhirnya kebenaran akan terbongkar jua.
Sumber Berita: mStar Online
loading...
loading...
0 Response to "NEELOFA BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP INDIVIDU SEBARKAN FITNAH"
Post a Comment