loading...
Anak PM Najib, Nazifuddin Sokong Industri Vape
Anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Najib tampil menyuarakan sokongan terhadap perniagaan vape.
Nazifuddin juga berharap vape tidak diharamkan dan menganggap industri vape mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia kerana mendapat sambutan yang baik.
Mohd Nazifuddin juga ternyata kagum kerana kebanyakan produk terbaik
seperti perisa cecair vape dihasilkan oleh usahawan muda tempatan.
Ini komennya:
"Saya harap industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,"
"Kini kita dapat lihat sambutan yang hangat terhadap produk ini dan
trend vaping. Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok
dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul
dari industri ini,"
"Tidak dapat dinafikan bahawa ketagihan vape adalah sesuatu yang
tidak baik. Namun, saya sokong jika ia dilakukan dengan adab dan
tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang
telah berhenti merokok,"
"Masyarakat kita lebih cenderung untuk mengecam semua yang terlibat
dalam industri ini (terutamanya para belia) hanya kerana satu kes yang unik dan ekstrem,"
Jelas beliau lagi, di awal kemunculan rokok elektronik dan pelekat
nikotin di pasaran beberapa tahun lepas, produk itu kurang mendapat
sambutan tetapi kini tidak dapat dinafikan ia sebagai alternatif untuk menghentikan tabiat merokok.
loading...
loading...
0 Response to "Anak PM Najib, Nazifuddin Sokong Industri Vape "
Post a Comment